Saturday, December 24, 2011

hanya sekali...

melihatmu bagaikan satu adaptasi hidupku
tanpamu hidupku kering tanpa kehadiranmu
apabila kau hadir hatiku benci melihatmu
saat indah kau terbitkan tatkala aku bersamamu?
cukup indah rasanya,bayangannya tidak terkata

namun kau pergi tanpa sebarang jawapan kepadaku
hanya aku terkapai-kapai menatap gambarmu
suaramu terngiang-ngiang di telingaku
mengharapkan kau hadir menghiasi hidupku

namun hampa kau tetap pergi
mungkin aku hanya peneman apabila kau gembira
tetapi aku bukanlah peneman tatkala kau derita
aku sedar aku bukan sesiapa

saat bersamamu akan aku ingati sebagai memori hidupku
namun aku masih berharap
jika kau berikan aku jawapan
tetapi kau tetap pergi

aku akan bahagia jika HANYA SEKALI aku menatapmu....

Friday, December 23, 2011

bayangkan...

bayangkan hidup ini jika tiada air?
bayangkan hidup ini jika tiada udara?
bayangkan hidup ini jika tiada sinaran matahari?
bayangkan hidup ini jika tiada siapa yang peduli?

JAWAPANNYA..

sama ada kita dan alam sekitar ni akan mati...dlm hidup ini semuanya kita perlukan kasih sayang,udara,air,cahaya matahari...
tapi jika kita lalai adakah kita dpt mencipta kebahagiaan?tidak sama sekali kebahagiaan tidak akan bergolek,mencari kebahagiaan itu penting utk kita...
seperti aku,yg masih mencari kebahagiaan aku punya ibubapa,adik,kawan-kawan dan kehidupan ku tetapi aku masih belum dpt mencorakkan hidupku seperti yg direncanakan kedengaran pelik tetapi itulah hakikat...hatiku masih bedebar result SPM blm keluar tetapi banyak benda yg bermain di benak fikiran ku ini..adakah aku dpt mengharunginya?adakah aku dpt menggapai cita-citaku?apa yg aku akan lakukan jika sebaliknya?adakah masih ada peluang untukku membetulkan keadaan?

bg aku semua persoalan ini blm lagi terjawab olehku selama 12 tahun memerah keringat di bangku persekolahan adakah ini benar-benar berjaya?aku langsung tidak tahu apa yg ditakdirkan oleh ALLAH YANG MAHA ESA untukku...aku berharap dgn ketentuanNYA aku dpt mengubah hidupaku dan keluarga kearah yg lebih bahagia dan berjaya...

Sunday, December 18, 2011

Bila terasa sunyi...

bila kita terasa sunyi,pelbagai benda akan difikirkan masa depan,sama ada 10thn akan dtg 5 thn akan dtg...yg penting semua tu akan mengubah hidup seseorang manusia lumrahnya...
sama spt aku memikirkan kehidupan aku selepas ini sama ada senang atau sebaliknya...mungkin akan ada org yg sangsi dan ragu dgn keupayaan kita tp jika kita boleh buktikannya org akan lebih menghargai dan menghormati kita....