3 minggu lepas mora demam dgn teruknya..sampai 3 hari tak datang sekolah...(penyakit mora)
seminggu selepas mora demam,median pulak demam sampai suara jadi macam ella serak-serak basah gitu...katanya...pun tak datang sekolah selama beberapa hari..(penyakit medina)
minggu lepas filzah pulak yang demam sampai 4 hari tak datang sekolah....(penyakit filzah)
selepas 4 hari tidak hadir kesekolah filzah yang 70% sihat datang sekolah dengan air glucose dalam botol tupperware...maka selepas perhimpunan keluar dialog ni...
Medina,Mora: Jah,yang dah sihat ke?
Filzah: bolehlah...
tetapi saya ada jauh sikit daripada diaorg tp tetiba kedengaran nama razny dipetik....
Me: kenapa?
Medina: ooo...i, filzah dengan mora dah kena demam teruk...you belumkan?nanti mesti you demam jugak...berjangkit...
Me: tak kan sebab sistem imun badan i kuat tak mudah sakit...
Medina:ye ke?okay...
ternyata jangkaan itu meleset,lepas balik sekolah pada hari jumaat bersin tak berhenti-henti..ya lah dah dua tiga hari kena hujan...lepas tu masa petang jumaat keluar dengan filzah okay lagi..sampai jumpa rifdi dengan azim lagi dekat Shah Alam Mall..rupanya diaorg baru balik tempah baju untuk kelas...
balik tu malam tidur dengan sweater,stoking dan sebagai tambahan selimut..kesejukan yang amat boleh tahanlah mengigil...pastu sabtu pergi jumpa Raihan dah tak larat nak jalan..adoi tengah beli barang kat Giant bersin lagi berdekak jugaklah Giant tu dengar aku ni bersin...dah keluar masuk air-cond plus panas tengahari tadi suara dah jadi macam medi..ala-ala ella gitu...
haishh...dugaan-dugaan nak exam pulak tu dalam beberapa belas hari lagi..tp tak pe mesti ada hikmah yang Allah bagi mana tau demam-demam ni terus otak berjalan masa nak jawab exam..haha..Insyallah...mudah-mudahan....
P/s Penyakit MOZANA ni bahaya...MOra + filZAh + mediNA = RAzny..so secara amnya..MORAZANA yang dulunya sihat-sihat belaka dah dijangkiti demam..
.(razny hoi sistem imun kuat konon tak mudah sakit cehh)