Thursday, August 21, 2014

My Way.

hello readers...salam sayang hehe..

saya tak tahu nak expresikan perasaan saya macam mana tapi beginilah...

Saya dah dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti untuk ijazah sarjana muda. Bagi saya ni kejayaan saya yang paling manis sekali akhirnya selepas saya kecewa dan gagal dalam SPM tahun 2011, STPM bagi saya harapan walaupun saya rasa saya akan kecundang lagi. Saya orang yang takut kepada kegagalan, kekecewaan dan kesunyian itulah benda yang paling saya takutkan tapi untuk hidup 'i need to be strong'. Tapi rezeki berpihak kepada saya alhamdulillah saya berjaya harungi STPM dengan jayanya bagi sayalah.

saya nak jadi kebanggaan keluarga sebab saya dah penat tengok ayah saya kagum dengan kejayaan anak orang lain, why not saya cuba lebih sikit supaya ayah dan mama boleh bangga dengan saya. Since saya dapat tawaran tu saya nampak macam mana gembiranya ayah dan mama bila cerita yang anak sulung mereka iaitu saya dapat sambung belajar.

ayah dan mama dah bayar semuanya untuk pastikan saya sambung belajar. Insyallah satu hari nanti kak long akan bawa balik segulung ijazah yang ayah dan mama nak.



-maybe i'm not the best but i will be the greatest person in and out. I will change everything. For those who trust me keep it that way, thank you. We already make a promise don't broke it. Because you will be the one who important for me. Come on Razny keep calm and follow the flow.-
-R.H.R 14-



p/s ada seminggu lagi sebelum berlepas.



No comments:

Post a Comment