Wednesday, December 4, 2013

fanfic?

all of you know what is fanfic? kalau tak tahu meh sini saya cerita kan..fanfic ni ialah peminat tulis story pasal artis tak kisah lah artis mana sekali pun korea , malaysia , jepun dan lain-lain lagi..fanfic ni hanya rekaan dengan imaginasi penulis itu sendiri....saya nak recommend satu cerita ni kalau anda berminat nak baca lah ya..http://www.asianfanfics.com/story/view/608806/sacrifice-exo-kai-sehun

saya akan kongsikan sikit description cerita tu...


SACRIFICE
by annagarcia
Description
As the youngest in a group who are in preparation to debut , Oh Sehun need to sacrifice his childhood life to pursue his dream...but its not easy as he thought , there is a moment and incident make him wants to give up..but what happen when a girl came in his life? and the moment that he spend with his other 11 brothers in EXO ? and how big his sacrifice that he will do it?can he hold it ?

                                                               FOREWORD                                                                 
this story including the member of EXO...this story just imaginary from the writer..this story also including what EXO member will do if their not longer a singer or not in the group anymore..to people who read it this is just a fanfic and my first try to write this fanfic...enjoy.



P/S dah cuti ni kan..sementara nak tunggu kerja membaca lah kisah-kisah begini..






Wednesday, November 27, 2013

linkin park all the time...

first band  yg saya suka since sekolah menengah..bukan korea ya maaf..masa tu jiwa korea ni belum ada lagi..yg tu selepas tu lah..yg ni dr zaman sekolah lagi..Linkin Park favourite band saya hehe..sebab lirik-lirik dia kena dengan jiwa ni...rock?tak kisahlah janji faham makna dia okay..tp lagu yang paling suka ialah what i've done , leave out all the rest , waiting to the end and new divide....seriously lagu tu repeat berulang kali pun tak pe best...







p/s time to music...exam?alhamdulillah officially done...

Friday, October 25, 2013

birthday shout...

happy birthday to my friend mora and kana..
razny doakan yang terbaik untuk korang berdua..
stay pretty , awesome and i hope you will get what you wish...

Thursday, October 24, 2013

tragic...

so that "things" just end like that? after all pain , happiness we face together? how i'm supposed to accept when you guys like that? some of them will betray each other , have a silent war , hurt and anything else...let i remind all of you what we done together in this past one and half year...

1) meet all of you..the one who i already know or meeting new friends..
2) trying to enter the friendship zone..
3) people come and go or in and out..
4) we just a friend from a first time but not close to each other..
5) than start to have close friendship..
6) we laugh , cry , feel the pain together..
7) we shared  food together..
8) then suddenly happen..
9) one by one left those relationship and become the fake relationship..
10) in the end there's nothing left for us to remember as a sweet memory...

so the question is , after 5 or 10 years if we bump or meet each other , those friendship feeling is still have in our heart? or we just forget that like nothing happen?

i'm really appriciate this friendship relation...but i don't know what issues or mistake behind all of this problem..and  i don't  want to know too much..because i'm scared i will cry because this stuff..

BECAUSE i really want to protect this friendship..so don't avoid each other..i don't want to show my other side..because i maybe hurt someone else..

don't fight anymore please my friend..just enjoy our days who only left a few days..and after that...if you want to avoid or not contact to each other that is your choice..and that means i also failed to keep those relationship long last...

p/s take care friends love all of you so much...and i'm so sorry to every sins and mistakes that i have done to all of you...

Monday, October 21, 2013

people..

its hard  to face all of you...some people turn to unexpected behaviour...and i just watching when some of them in their egos and silently became  a betrayer...
i'm not a hypocrite person...but sometimes i make fake smiles to secure myself from being like them..maybe i have an ego but sometimes its good if we don't be so ego..






p/s note to myself..be yourself...

to my future..

haaa...memandangkan nak dekat dah final exam semua ni..debar hati ni makin kencanglah..ye lah tengah nak menghadap exam yang bakal tentukan perjalanan duniawi saya tak lama lagi...
tapi hari ni saya nak share kepada perkara atau mereka-mereka yang bakal bersama atau yang bakal saya perolehi...


Hingga hujung nyawa dirikuBiar aku mencintaimuHingga akhir hayat hidupkuBiar aku menjaga dirimu



p/s kekal tenang sehingga penamatnya..

Thursday, October 17, 2013

everyday it's girls day...

so yeah the title is not entri for girls day korean idol..its just the title for us 4 girls today...

haha...makan dia speaking london pulak...#katanya

hari ni main badminton...girls only...asalnya 5 orang saya,anis,aina,khalilah dan filzah tapi anis tak main dia balik lepas tu sebab ada hal..

tinggal lah kitaorg berempat..first main bergu saya team dengan aina...dan filzah dengan khalilah...pemenangnya team saya..haha bangga disitu..lepas tu ada pula game single tapi saya skip part tu terus kepada part saya lawan khalilah single match...

me : khalilah aku nak kalahkan kau 21-0 lah!
Khalilah : berlagaknya...

(padahal saja je cakap macam tu..sebenarnya suka kenakan khalilah..khalilah ni seorang yang easy-going and kira sporting lah tak de lah cakap sikit je hashtag  sentap..lagi pun masa game tadi kalau ikut tarikh lahir dia yang "maknae" iaitu yang paling bongsu ..barulah happening kalau main badminton diam je macam krik-krik baik tak payah)

so kitaorg main, sampai satu saat saya dah lead 9-0 so wish almost come true and khalilah boleh cakap...

khalilah : ala razny 0-0 lah balik tadi aku tak ready..
Me : apa?kau tak ready?aku dah sampai 9-0 baru kau kata tak ready?

(tapi apakan daya kesian pulak tengok khalilah dia buat suara cute dia tu)

Me : okaylah 0-0 balik...(bukanlah melt dengan suara begging khalilah tu tapi tak nak menang macam tu je mestilah khalilah kena fight jugak)

tup-tup dah sampai deuce ada yang saya ketinggalan mata tapi dapat kejar balik..last -last khalilah menang 25-23..that was close..penat dia bukan main...bermandi peluh main dengan khalilah ni...

tapi bila main dengan aina , khalilah dah lembik macam suun..(tau tak suun tu apa?suun tu yang mcm bihun tu yang selalu dimasak dengan sup tu ahh..macam tu lah)

bila saya cheer kat khalilah dia tak boleh pukul bola...lepas tu dia kata...

khalilah : razny diam sebab kau aku tak boleh pukul bola...
Me : ye ke?
saya pun saja je lah cakap-cakap lagi..haah memang dia tak boleh dengar suara saya kalah dia dia dengan aina..sampai lah dia nak pukul tak dapat sampai kena pipi saya..amboi khalilah balas dendam nampak..tapi khalilah kata dia tak sengaja...tak pelah..

anyway nanti kita main badminton seminggu sekali tau geng..its fun....


p/s khalilah yang pasal suun tu aku gurau...hehe..sorry..

Wednesday, October 16, 2013

13 years ago...

okay...rasa macam dah berkarat sikit nak update blog..tapi hari ni nak update blog dengan story yg dah 13 tahun baru tahu siapa mereka-mereka ni...rupanya Anis , saya dengan Filzah sekolah disatu tadika yang sama iaiu masjid negeri shah alam sekitar tahun 1999-2000 hah..nampak tak bertapa lamanya timeline tu..tapi Anis tadika kat situ masa 5 tahun lepas tu pindah tadika lain..saya dengan Filzah still kat situ..tapi yang anehnya saya tak pernah nampak filzah pun kat tadika...masa sekolah rendah baru jumpa filzah ni..and jumpa anis masa sekolah agama..klimaks dia kitaorg satu kelas masa darjah 6 kalau tak silap sekolah agama.

sekarang satu kelas untuk form 6 selepas tak jumpa filzah selama 5 tahun sebab kitaorg bawa haluan masing-masing bila masuk sekolah menengah..tapi anis dengan saya satu sekolah masa sekolah menengah..
so ala-ala macam cerita drama lah tak kisahlah korea ke melayu..maknanya kitaorg pernah berjumpa tapi tak pernah perasan pun siapa dia tu...

kalau nak cerita personaliti saya masa sekolah rendah , saya memang kuat menangis..jatuh dari tangga van menangis..kena marah menangis..sesat dalam sekolah masa first day pun menangis...kena buli lagi...sampai satu kawan saya marah pun menangis tapi saya tak membalas sebab takut dia ada abang saya tak ada abang..last-last mengadu kat mak..mak saya kata kenapa tak marah balik? mak saya ingatkan saya tak berani lah..esoknya saya marah balik kawan saya tu..dia pulak menangis sampai mak dia datang rumah saya..tapi nasib baiklah mak zaman dulu sporting..ala tak pe budak-budak..fuhhh lepas...

so conclusion is zaman muda razny masa sekolah rendah memang kuat menangis sensitiflah katanya...sampai saya masuk sekolah menengah saya kena jadi berani jangan sampai org boleh buli saya macam dulu lagi...so sampai sekang saya ada lah keberanian tu sikit..tapi tak delah sampai nak membuli balik..saya ni perempuan..


gambar konvokesyen tadika...ni je yang buat kenangan dari tadika tu..

p/s menghampiri penghabisan satu setengah tahun dan nombor dua dah muncul pada pangkal umur..faham-faham je lah umur 20 tahun depan...

Tuesday, September 24, 2013

6 weeks?

hari ni liyana ada tanya saya..

liyana : razny,awak tau tak lagi berapa minggu kita nak STPM?
Me : tak tahu..bila?
liyana : lagi enam minggu...
Me : hah?ooooo.... -_____-

adoi enam minggu bukannya 6 bulan lagi..buku penggal 1 untuk ulangan and penggal 3 dah panggil-panggil dah tu...walau macam mana pun pendekatan strategik saya bagi mengatasi masalah ini ialah bertenang..ye lah kalau rushing tak masuk dalam otak pun tak boleh jugak...insyallah saya akan ulangan pencapaian yang lebih baik dari penggal 2 asalkan saya dapat sambung pergi ke ijazah pula...

p/s dua tiga hari ni jadi usahawan kecil-kecilan pula jual kuih dekat kawan-kawan...

Monday, September 16, 2013

selamat hari malaysia...



so hari ni hari Malaysia yang ke-50....congratulation kepada Malaysia yang tgh pesat membangun sekarang...

tapi ada sesetengah minda orang Malaysia ni belum faham apa itu erti merdeka dan hari Malaysia..ada yang nak buat rusuhan dan macam-macam lagi..kita kena sedar bahawa negara kita tak bergolak seperti negara-negara yang sedang menghadapi konflik atau peperangan..cukuplah peristiwa di Lahad Datu, Sabah memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia..

dan disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Takziah dan al-fatihah kepada wira-wira negara yang telah terkorban dari zaman penjajahan sehingga sekarang bagi mempertahankan tanah air...

"Malaysia ku berdaulat,Tanah tumpah darahku"

lagi satu nak ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia iaitu harimau muda kerana berjaya menjulang Piala Pesta bola Merdeka...pada 14 september 2013..


ni nama dia Jalur Gemilang bendera rasmi Malaysia
 dan tiada bendera lain yang boleh gantikan yang ni...

P/s ni adalah suara saya sebagai anak Malaysia ni post untuk hari Malaysia dan bukan berpihak kepada mana-mana pihak..assalamualaikum....

Monday, September 9, 2013

second time..

wahh...kepada reader yg pernah baca post pada 17 june 2013 yang bertajuk "that smile"...ini merupakan kali kedua saya bertemu dengan org yang sama dan petang hari isninku bermula seperti ini...

saya terpaksa balik awal dlm pukul 2.30 ptg mcm tu sbb asalnya nk buat latihan dikir barat utk hari Malaysia dekat sekolah nanti..tp kena bayar bil broadband di sekyen 9 shah alam...so pergi bayar bil..dalam pukul 3.30 ptg macam tu sampai rumah...mama suruh bayar duit air..hati melonjak ni mana tau jumpa lagi org tersebut...

jalan menuju tempat bayar duit air tu..terdengar suara pak cik yang sama dalam post yg terdahulu..so conversation start like this...

kecoh dalam pejabat tempat kaunter bayar bil air tu tapi pak cik tu tak de kat tempat dia tetapi ada seorang lelaki duduk kat sebelah kerusi pak cik tu.

GUY : nak bayar bil air ke?
ME:  haah....
GUY : berapa?
ME : 12 ringgit..
(tapi tangan dia ada kain anduh baru lepas patah tangan kot..tapi tak berani nak tanya....)

then pak cik muncul pulak rupanya dia pergi bagi kucing minum susu...
ME : assalamualaikum pak cik!
PAK CIK : waalaikumusalam...kenapa kau tak duduk kak?
ME : tak pelah tunggu resit..
PAKCIK : duduk lah nanti lagi slim kau nanti....(tengok itu ayat yang sama mmg dia cam ke apa aku ni?)
ME : malaslah baru balik sekolah..
PAKCIK : kau tingkatan berapa kak?
ME : pakcik tiap-tiap bulan tgk saya tak kan lupa kot? saya tingkatan enam lah pak cik tahun ni last..bulan 7 hari tu saya datang apa bayar bil abang ni pun ada tapi hari ni dia patah tangan pulak..
GUY : *just smile*
PAKCIK : ooo..haah kau rupanya..tak de kelas tambahan ke hari ni?
ME : oo...tak de...
PAKCik : habis tu kalau tak de mcm mana nak berjaya..
(dalam hati berkata...aduh pak cik dah tak de nak buat mcm mana.)
GUY : nah dah siap dah...*smile*
ME :*mental breakdown for awhile*sekejap je kalau mental breakdown lama-lama jadi lain pulak dalam tiga saat macam tu lah kena mental breakdown tu...

saya dah nak keluar balik dah tapi pak cik ada cakap sesuatu...

PAKCIK : kak , nanti bulan depan pak cik tak de tau cuma ada abang ni je sambil mengangkat kening dan point pada lelaki tersebut..sbb pak cik kena kerja dekat PKNS je nanti..
ME : ala, tak dpt lah jumpa pak cik lagi lepas ni? (dalam hati pak cik je kan yang tak de?)haha jahat disitu..
PAKCIK : nk jumpa pak cik jumpa dekat pejabat PKNS lah..
ME : just laugh...(saya tak de maknanya lah nk cr pak cik tu just gurau je..jangan salah anggap)

mcm tu je lah second time me meet that guy..how nice that time if i ask "apa kena dgn tangan tu?" tp tak tercakap pulak...

balik je saya senyum mak saya dah dpt baca air muka saya, spontan mama saya hanya semnyum dan tahu disebalik senyuman saya tu ada perkara yang tersirat...

p/s jangan cedera lagi...


birthday shout...

happy birthday medina...so nak pranks medina pun jadi..sorry lah sister buat you menangis tapi tak best lah kalau suprise mcm biasa je...so ni ucapan saya kepada medina...

"medina , do your best in your own way...just be like want..and don't forget me and everyone else after end of 2013..wish your luck friends..."




ada yg reason tu serupa dengan kita medina...




p/s hari jadi Cik Mora je yang belum tiba lagi...

Monday, September 2, 2013

cukup lah tu...

kepada yang berkenaan,

hanya kau dan aku sahaja yang tahu apa yang berlaku selasa lepas..27/8/2013..so biar aku explain..
selepas game tu aku jadi speechless and tak sangka akan jadi sedemikian rupa...dan aku sama sekali tak frust seperti yang kau katakan cuma aku terkilan sahaja...terkilan dengan frust lain tau..harap maklum..

semasa nak balik aku dengar arahan cikgu tetapi kau sibuk nak cakap dengan aku..dan membawa kepada statement yang kau ungkapkan "kalau kau frust sampai macam ni tak payahlah"..kenapa nak kena minta maaf semasa orang tengah mendengar sesuatu yang penting? lepas statement sebegitu dikeluarkan...sebenarnya dr dalam dewan tu aku dah terima dah maaf kau tu...tapi org yang jenis tak faham ni bila org dah jawab "tak pe lah" or "its okay" dia still nak minta maaf...tu yang tak faham...

sebab isu tu kau dan aku tak bercakap..sudahlah kau dengan aku cuma tua aku setahun je..kita dah kenal lama dr sekolah menengah...

untuk pengetahuan saudari tersebut..aku dah maafkan kau sejak kau minta maaf kat aku hari tu..cuma aku tak nak bertembung dengan kau sebab aku takut  kemarahan aku belum reda kerana teringatkan kejadian tu...itu yang aku takutkan..dan boleh menyakitkan hati kau...

aku ada cara sendiri untuk selesaikan masalah..biarlah org nak kata apa pun..sudahlah kita dah besar tak payah nak bermasam muka sampai begini sekali...so aku dah tak peduli dah kau nak cakap apa...then tweet-tweet kau tu aku baca dah cuma aku marah sekejap je...so kalau tertembung kau atau apa pun kalau kau cakap atau tegur aku cakaplah..itu sahaja...

rumusannya saya ni jenis cepat marah dan cepat hilang..that's it..

p/s SAYA BUKAN PENGHASUT!!! (kepada yang faham)
     

Sunday, September 1, 2013

september..

september is back...

pack up your bag and go to school for this month...100% present in school...fighting...
trial wait for me....

p/s another 1 and half month...

Friday, August 30, 2013

happy independent day Malaysia...

okay today 30th august 2013 only 30 minutes to 31st august which is Malaysia 56th independent day (merdeka)..

today full of spirit to type blog post in english...

today my MUET teacher do a letter competition and write our letter to Malaysia....start with this sentence..

"dear Malaysia"

so the teacher she has a Duit raya for those who write a best letter to Malaysia..so i enter the competition not because  of  money but i want to share my love and passion to my beloved country so on...before school is over today the teacher enter to my class and revealed the people who win the competition...so i among top 4...because not all o my friends join that letter competition..but the suprised is teacher ask the winner to read their own letter..."there is a butterfly in my stomch" before read the letter but i took challenge and read it...fuhhh..its done and teacher said all  4 of us is a patriotic person..proud to that statement..anyway thank you teacher Ros because give us opportunity to express our feeling to our country..


Love you Malaysia...

p/s my ambition is to become a military officer..hopefully...one day...insyallah...

Sunday, August 18, 2013

after eid...

raya dah nk masuk dua minggu, begitulah sekolah rasa macam esok je masuk sekolah balik...tp this week akan jadi minggu yang paling sibuk sebab nak prepare for volleyball tournament with the team...peringkat daerah kot..untuk form 6 student..lepas habis tournament kena belajar lah exam macam tinggal 2 bulan je...sedar diri tu sikit razny..haaa...buku pun tak habis study lagi...


p/s i got a feeling, tomorrow will be a hectic day among the students because of raya story and also gossip-mossip..haha ala-ala mak jemah gitu...

#peace and pray for egypt

Monday, July 29, 2013

imagination...

i always dreaming or orang melayu kata berangan...i dont know something that "berangan" could be ridiculous or excited dreaming....lately i keep thinking what i going to do when i finished my study or what so ever...am i going to be married?or futher my study?working?..hhhmmmm....married maybe another 5 or 6 years to go..maybe 2018 or 2019..(uishh lama lagi tu) ...futher study yes....working of course..so that 3 things that i always imagine...so i just think positif and try to think outside the box for sure...i dont want to be like... "katak bawah tempurung" bahaya...






p/s sudah masuk fasa sepuluh malam terakhir..mari tingkatkan ibadah dan amalan..

Wednesday, July 24, 2013

twin?

haha...sejak masuk tingkatan enam ni dari sem 1 sampai final year ni sem 3...ada suatu benda yg bagi saya kelakar lah..tp tau lah #hambar ke tak...(perkataan hambar tu hanya medi,mora dah filzah je yg tau)...

saya dikatakan kembar dengan salah sorang classmate..classmate tu perempuan lah...saya razny...sorang lagi tu aina...so selalu cikgu akan panggil saya aina dan aina tu razny...saya tak tahu mana samanya rupa saya dengan aina...badan kot..size lebih kurang je...hehe (aina jgn marah)...sampaikan masa saya ada pertandingan futsal pun junior kata saya kembar dengan aina...sbb saya dan aina nampak sama then yg junior ni sorang hairan..sampai dialog ni keluar dari mulut dia yg ketika itu tgh main futsal "eh,akak ada kembar ek?" macam tu sekali dia punya tersilap pandang tu...saya kongsikan sikit ye gmbr saya dan gmbr aina...



aina (left) and me



p/s ramadhan bakal berakhir dan aidilfitri bakal menjelma..



Monday, July 22, 2013

usaha lagi...

dah penat nak fikir pasal tu lagi...yang hanya dalam fikiran ni..hanya belajar,family dan life....

bukan selamanya kita diatas..dan bukan selamanya juga kita dibawah...

hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengubah nasib dan takdir diri sendiri...mengikut apa yang kita mahukan...

insyallah saya dah ada sasaran, sekarang masa untuk melaksanakannya...


note for myself






p/s jangan percayakan orang lain melainkan diri sendiri...FIGHTING!!!


Sunday, July 14, 2013

scared !!!

huh...result bagi exam sem 2 STPM dikeluarkan esk...dia punya debar jangan cerita macam nak gugur jantung...kalau dapat result yang macam diimpikan saya akan tunaikan apa yang saya niatkan insyallah mudah-mudahan....

pasal result satu sekarang ni pulak tengah sibuk nak siapkan PBS ekonomi dan Pergajian Perniagaan...dua-dua kena submit yang tarikhnya dekat-dekat...ketakutan tahap melampau dah ni....


P/S happy birthday mama,insyallah kak long akan berikan hadiah terbaik untuk mama...

Tuesday, July 9, 2013

nineteen and still counting...

hari ni saya dah genap 19 tahun...tahun terakhir bergelar belasan tahun..tahun depan 20 tahun..dah nak naik puluh dah umur ni..

by the way hari ni saya dpt suprise...
pagi-pagi rasa frust sebab dalam kelas tak de org pun yg wish..diam je lah..tapi sebelum pergi speaking test MUET kelas 6 AB nyanyikan lagu birthday..baru senyum sikit..

cerita kedua pulak masa rehat semua macam tak nak pergi rehat...saya pun turun dengan aina..medi dgn mora nk jumpa cikgu..turunlah dgn aina then tanya kat aina..diaorg ni semua tak nak turun ke? aina jawab "biarlah diaorg kita turun dulu"..ikut aina tanpa rasa curiga...

lepas makan ghafar tanya medi.."hari ni birthday siapa?"..medi pun jawab "ooo birthday razny" tapi medi,mora dgn filzah tak wish pun pagi tu..menambahkan rasa frust...

then dah malas nak duduk kat kantin lagi..naiklah kelas...selalu masuk pintu belakang,tapi entah kenapa pintu belakang tu ada org block..masuklah ikut pintu depan..tiba-tiba..lagu happy birthday dinyanyikan untuk kali yang kedua...tak syak lagi apa-apa lepas tu filzah beralih dari tempat yang dia berdiri,rupanya belakang dia ada kek mangga atas meja...haha time tu rasa sedih pulak..sbb tak pernah kawan belikan kek and buat suprise macam ni....potong kek dengan orang yang sambut birthday pada 5 july lepas iaitu izzat...



kek

card


balik dari sekolah tanya medi semua..dia cakap kitaorg dah plan since ahad...semua untuk you..so you mesti sayang kitaorg lebih tau...

okaylah...saya sayang semua org ikhlas sayang....terima kasihlah korang kad and kek tu..aku akan ingat sampai bila-bila pun...

Wednesday, July 3, 2013

sorry....

what can  i said is just sorry...hope you understand...





just that....

Monday, July 1, 2013

this side or that side...

knp lah jd macam ni???mula-mula tak de yang nk carikan sekarang dah nk confirm nak tukar la pulak...serba salah!!! orang dah tolong...baru hari ni nk cakap ada yang lebih bagus dari tu?what's your point?...kalau aku suarakan pendapat confirm 3 lawan 1..yang kalahnya aku...selain dari mengatakan setuju ada seribu satu benda yang kita kena fikirkan...hmmm....kalau dapat benda yang kita nak sepatutnya kuranglah beban dia...so esk aku nak bagi pendapat aku kalau diaorg tak terima...thanks je lah sebab dengar tapi aku harap sangat korang dengarlah apa yang aku nk katakan...jumpa pulak junior,diaorg cakap tak tahu apa-apa...apa yang tak tahunya?maklumat telah diberikan cuma kosnya je tak diberi tahu gara-gara jerebu hari tu...malas nak tuding jari sebab aku pun salah seorang daripada pelaksananya tak enak pulak rasanya kalau ada perselisihan faham...tapi kalau aku berdiam tapi aku raa terbeban baik aku cakap je...


p/s sorry kalau perkataan "aku" tu kedengaran kasar selalunya perkataan "saya" yang digunakan bukan marah tapi knp ini yang terjadi?

Sunday, June 30, 2013

sun,blood and tears

sabtu lepas 29 jun 2013..MPPPU buat pertandingan futsal utk form 6 je..so ada 5 team perempuan and 5 team lelaki..saya of course lah dalam team senior..HL team namanya..kapten pulak tu..main pun tak pernah sekadar sepak bola dekat luar rumah adalah...nk dijadikan cerita main group stages biasalah tak pernah main menang sekali..seri sekali and kalah 2 kali...then dah lah kalah dengan junior pulak tu..malu-malu...tak pe lah bak kata mat salleh... "experience teach us a lot" so hypothesis is accepted..

after that kalah pulak semi final dengan junior yang sama again...penalty shootout nk dijadikan cerita ada tiga chance saya sepak first tak masuk sama dengan 2 ahli saya..opposite team pun sama tak gol-gol jugak..last-last pengadil buat penalty sudden death..again saya sepak then tak gol...last-last junior yg gol satu je gol dah bawa kemenangan dekat diaorg...apa nk buat dah nasib kalah...but its a tough match actually...all the junior is superb i admit that...so kena main utk 3rd and 4th placing je lah..hopefully menanglah..

selain kekalahan dapat juga saguhati luka di kaki terjatuh selepas dilanggar pasukan lawan tapi saya tak salahkan dia sbb kalah,menang dan luka adat permainan...walaupun my team kalah tapi saya tak salahkan team mate saya sbb dah tengahari semua dah penat...and last but no least i love my team and medina's cheer...(medina don't forget our merkat cheer)..

p/s muet speaking right in the corner...wish me luck....

Thursday, June 27, 2013

sweet victory..

last wednesday and today is a sweet victory for me...finally....

setakat saya bangga dengan diri saya bolehlah...setiap game ke game..akhirnya saya dapat title "pemain terbaik wanita" dalam tournament bowling rabu lepas...seronok rasanay selepas dapat tempat kedua dalam berkumpulan tahun lepas..tapi itu bertanding dengan sekolah lain..kali ni lawan dengan rakan-rakan sendiri..agar mencemaskan tapi apa boleh buat..game is game...

mehh saya nak share gambar sikit...

ketua best group


best group

8th place individual

7th place individual

1st place individual and pemain terbaik lelaki

hei..that's me 4th place individual and pemain terbaik wanita

my medal and plag



okay sebenarnya top 8 susunannya macam ni 1-denash, 2-izzat, 3-logesh, 4-razny, 5-rifdi, 6-halim, 7-siva, 8-sasi..tapi ada banyak gambar yang tak jelas (TJ)....


sabtu ni ada futsal pulak..okay tak pe futsal ni game last lepas tu study time for sem 3 and errr...repeat sem...

RAZNY fighting!!!!

Saturday, June 22, 2013

ayam goreng vs ayam rendang...

maybe lambat nak update blog pasal kisah ni tapi itu yang terjadi...
walau apa-apa pun friendship is the best...

conversation between me,mora,medina and filzah..
tempat kantin SMKSSAAS..
Masa 10.00 pg(lebih kurang)

medina bersarapan dengan nasi lemak berlaukkan ayam goreng sama juga dengan saya,mora nasi lemak telur goreng and filzah nasi lemak lauk rendang...selepas mora habis makan...

Mora: medi i nak sikit ayam goreng you..

*medi pun menyuapkan ayam goreng kepada mora..

Mora: ayam dia keras..
Medi : haah...
Filzah: i tak pun..
Me: kau makan lauk rendang...kuah dia yang buat ayam tu lembab tak de lah keras..
Mora : haah betul tu..
Filzah: i dont care janji ayam i lembab...

*lembab kalau dalam masakan bermaksud lembut* tiba-tiba medi mengeluarkan kenyataan ini..

Medi : biasalah ayam tu lembab tengoklah orang yang makan tu macam mana..

*medi memerli filzah dan  kenyataan ini membuatkan filzah "berkecil hati"

Medi : sorry ijah i main-main je tadi..

-lalu filzah bangun dan meninggalkan medi yang berasa bersalah...medi mengejar filzah tetapi filzah tak menghiraukan permohonan maaf medi...sehinggakan scene di kelas...

Medi : ijah sorrylah i gurau je td..
Filzah : *tiada respon*

medi mengulangi perkataan sorry berkali-kali sehingga medi menangis kerana filzah tidak menerima permohonan maaf medi...

akhirnya filzah..
filzah : medi kenapa menangis i gurau je lah...
Medi : sampai hati you buat i sampai menangis....janganlah buat i macam ni lagi...

itulah medina perasaan serba salah tu terlalu menebal sehingga dia boleh menangis...
walau apa-apa pun yang berlaku filzah hanya gurau sahaja..tapi jangan sekali-kali buat filzah marah..habis kau nanti....

p/s jerebu membuatkan saya mengalami sakit tekak dan batuk...

Monday, June 17, 2013

that smile..

tadi lepas habis sekolah ada perjumpaan MPPPU sekejap..well tak de lah sekejap sangat dalam pukul 3 ptg macam tu sampailah rumah...sampai je rumah, mama suruh pergi dan berkata.."kak long pergi bayar bil air kejap"..tak jauh pun turun dari rumah flat sebelah je tempat bayar bil air....okaylah pergi bayar letak beg dengan uniform sekolah pergi...

sampai kat tempat bayar bil air....bayar dulu bil penyelenggaraan...lepas tu baki dia bayar duit air ala duit air pun RM 12 je....selalu hanya ada seorang pak cik je yang jaga kaunter tu dia orang yang bekerja di PKNS..tapi hari ni dia lain sikit pak cik tu ada bawa seseorang....

conversation Me,pakcik and one mysterious guy (namanya tak kan di sebut walaupun tahu)

Guy: Nak bayar duit air ke?
Me: haah..*dalam hati (ingatkan dia orang yang nak bayar air jugak rupanya pekerja baru yang pak cik tu
       bawa).
Guy: tak  pe lah bagi saya...
Me: okay..(bagilah that guy tu)

then orang yang sebelum saya tu balik lepas dia bayar bil...ada kerusi kosong dekat dengan that guy tu and seorang pekerja wanita ni...

Pak cik: duduklah kak...(pak cik tu panggil saya kakak..mmm  bolehlah dari dia panggil adik)
Me: tak payah lah sekejap lagi siap lah resit..berdiri je tak pe...
Pakcik: duduklah kalau kau berdiri lagi slim kau nanti..
Me: 'dalam hati' ni dah dua kali dah pak cik ni bahan aku dengan perkara yang sama sabar je...tp that guy
        yang tengah tulis resit tu tak angkat-angkat muka lagi since saya bagi bil tadi...
Pak cik: kau SPM ye tahun ni kak?
Me: tak...tahun ni STPM..
Pak cik: ooo...eloklah tu pak cik ada bawa abang ni hah baru habis Diploma...
Me: (terkejut sebab pak cik tu punya statement apa kena mengena)
Guy: *angkat muka pandang pak cik tu and me* and he smile.... :)
Pak cik: hmmm..okay jugak tu boleh kenal-kenal dia baru kerja nanti pak cik suruh bagi no Phone..
Me: haishh..pak cik ni..
Pak cik: tak pe apa salahnya...hmm pak cik pulak yang menjodohkan korang pulak...
Guy:*sekali lagi angkat kepala and senyum*
Pak cik: bayar bil air ke?(tukar topik sbb saya dengan lelaki tu dah ada akward situation)
Me: haah, tak kan nak bayar bil eletrik pulak...
Pak cik: haah ye jugak kan...*tetiba pak cik tu pandang that guy then dia senyum kat saya*..boleh ni..
Guy: resit dah siap RM 12..
Me : ni duitnya terma kasih...
Guy: sama-sama *smile*

pertemuan di kaunter pembayaran bil air tu berakhir dengan senyuman...hehe

p/s agak-agaknya boleh jumpa tak lagi orang tu?ada rezeki ada lah...haha...manis senyumannya..

           

Thursday, June 6, 2013

tik-tok-tik-tok

fuhh...fuhh tiup sawang dulu berhabuk dah blog saya ni...katanya...anyway dua minggu cuti ni apa lagi duduk rumah lah nak pergi mana kan...my brother pun dah balik dari asrama cuti dua minggu...ahad ni dia balik...bak kata my brother dah nak sampai hari ahad dah..sekolah dah memanggil-manggil suruh balik tu...hehe...apa nak dibuatkan menuntut ilmu perlu ikhlas kalau nak berjaya....

saya pun STPM penggal-3 pun dah memanggil-manggil dah tu....last chance punya minta-minta keputusan tak payah lah nak kena repeat lagi..merana nanti....

last sekali punya coretan hari ini tahun ni puasa bertiga je selalu berempat ye lah adik dah masuk asrama nak buat macam mana.....hmm

akhirnya bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi..tak sabarnya....


Tuesday, May 28, 2013

start with you...

ada orang mengatakan "kesepian itu satu perkara yang paling menyeksakan" betul lah statement tu....
Di dalam satu drama yang saya tonton...satu ayat yang berbunyi "percayalah diri sendiri daripada mempercayai orang lain"..
dan semua urusan dan perbuatan kita,yang tahu hanya Allah S.W.T dan kita sahaja...sebab yang baik atau buruk kita yang lakukan....
jangan takut untuk berubah,kerana perasaan takut tu lah yang akan menjatuhkan kita...


p/s dah bulan ketiga dah ni..insyallah berkekalanlah penghijrahan ini hendaknya...

Saturday, May 4, 2013

Thank you...MEDINA & FILZAH

dah hampir sebulan lebih berimej baru ni...medina dengan filzah beri hadiah untuk saya dan mora,cantik sangat bila ditanya kenapa bagi hadiah?birthday belum lagi...medi jawab hadiah untuk meraikan penghijrahan you semoga berkekalan...INSYALLAH...mudahan-mudahan lah ya...

nice pattern and nice brooch..

thanks medi,thanks filzah.....saya suka sangat-sangat...

its my turn...

3 minggu lepas mora demam dgn teruknya..sampai 3 hari tak datang sekolah...(penyakit mora)

seminggu selepas mora demam,median pulak demam sampai suara jadi macam ella serak-serak basah gitu...katanya...pun tak datang sekolah selama beberapa hari..(penyakit medina)

minggu lepas filzah pulak yang demam sampai 4 hari tak datang sekolah....(penyakit filzah)

selepas 4 hari tidak hadir kesekolah filzah yang 70% sihat datang sekolah dengan air glucose dalam botol tupperware...maka selepas perhimpunan keluar dialog ni...

Medina,Mora: Jah,yang dah sihat ke?
Filzah: bolehlah...

tetapi saya ada jauh sikit daripada diaorg tp tetiba kedengaran nama razny dipetik....

Me: kenapa?
Medina: ooo...i, filzah dengan mora dah kena demam teruk...you belumkan?nanti mesti you demam jugak...berjangkit...
Me: tak kan sebab sistem imun badan i kuat tak mudah sakit...
Medina:ye ke?okay...

ternyata jangkaan itu meleset,lepas balik sekolah pada hari jumaat bersin tak berhenti-henti..ya lah dah dua tiga hari kena hujan...lepas tu masa petang jumaat keluar dengan filzah okay lagi..sampai jumpa rifdi dengan azim lagi dekat Shah Alam Mall..rupanya diaorg baru balik tempah baju untuk kelas...
balik tu malam tidur dengan sweater,stoking dan sebagai tambahan selimut..kesejukan yang amat boleh tahanlah mengigil...pastu sabtu pergi jumpa Raihan dah tak larat nak jalan..adoi tengah beli barang kat Giant bersin lagi berdekak jugaklah Giant tu dengar aku ni bersin...dah keluar masuk air-cond plus panas tengahari tadi suara dah jadi macam medi..ala-ala ella gitu...

haishh...dugaan-dugaan nak exam pulak tu dalam beberapa belas hari lagi..tp tak pe mesti ada hikmah yang Allah bagi mana tau demam-demam ni terus otak berjalan masa nak jawab exam..haha..Insyallah...mudah-mudahan....

P/s Penyakit MOZANA ni bahaya...MOra + filZAh + mediNA = RAzny..so secara amnya..MORAZANA        yang dulunya sihat-sihat belaka dah dijangkiti demam..

.(razny hoi sistem imun kuat konon tak mudah sakit cehh)


Sunday, April 14, 2013

rookie!!!

haha...dah 19 tahun hidup baru hari ini bersamaan 14 april 2013...saya beli novel for the first time...yeay!!!
*nampak kesengalan disitu* bukan apa beli novel tu sebab nak tahu macam mana orang yang membaca novel,kadang-kadang sampai  menangis bila membacanya....semangat ingin tahu dah mendadak dalam diri..cehh...tapi dengan exam yang makin menghampiri yang saya tak dapat menolaknya ada dipersimpangan bulan april dan mei...ppffttt...kelam kabut...i will try my best to pass that exam...although its hard...

novel....


p/s masalah kesihatan melanda diri....tabahlah menghadapi....

Thursday, March 28, 2013

don't cry !!!

lately ni tak tahu lah kenapa,rasa terpinggir,macam tak wujud...stress mungkin tapi tak kanlah saya masih boleh tersenyum...
ada pada satu masa saya rasa macam nak menjerit dan mahu menanya kan semua orang apa dosa saya sampai saya dilayan seperti ini....
sedikit demi sedikit apa yang mereka katakan dan cakapkan mengguris hati saya...mungkin ada orang memandang saya seperti orang yang tiada perasaan..saya cuba nak layan mereka yang berada disamping saya  dengan baik tapi kadang-kadang disalah ertikan...
entahlah mungkin saya terlalu sensitif atau mmm...susah nak cakap...
saya tidak mahu mengadu kepada sesiapa kerana itu akan membuatkan seseorang itu terbeban dengan mendengar cerita saya... kalau kecil hati atau  marah pun saya akan simpan di dalam hati saya...
supaya orang yang berada di samping saya gembira...walaupun diaorang membenci saya....














p/s come on Razny don't cry!!!

Friday, March 22, 2013

oooo....big time...

ptg jumaat ambik adik dekat asrama dgn Rifdi and Filzah then lepas makan dekat AEON Rawang,kitaorang on the way balik...then rifdi pasang lagu Once-hilang naluri...lepas tu mulalah rifdi mulakan karaoke time...
so rifdi nyanyikan utk raihan...

Rifdi : biar aku nyanyi lagu ni kau dgr tau...awal dia mawar ke bawang?
Raihan : mawar..
Rifdi : okay tak pe aku nyanyi lain sikit...

(tunggu intro)...

Rifdi : bawang merah yang ku cium ~ ~ternyata merasuk dan beracun~ ~..raihan kau dgr tu buat apa manusia nk cari gaduh dgn bawang?...

lastly lirik lagu akhir dia...Matilah kau ~ ~

Rifdi : tgk siap manusia nk berbunuhan dgn bawang....

p/s berdekak jugak lah ketawa dgn diaorang...

Monday, March 11, 2013

perangai manusia...

sometimes bila orang cakap baik-baik kau nk cr gaduh...macam tu lah org zaman sekarang jiran pun tak terkecuali...cerita kat sekolah,seseorang ni bengang sebab orang tak nak terima cadangan dia yang tak relevan tu...so dia lancarkan "perang" melalui twitter tapi tak mention nama orang tersebut kalau nak bergaduh sangat mention lah nama orang tu,jangan cakap belakang je...adoii...
lepas tu rimas dgn classmate dia...dia nak kenakan aku,tu dah melampau...come on brother kau dah 19 tahun jgn fikir bila kau cakap semua orang boleh terima...





p/s semester yang kedua dan yang paling pack sekali...sabar ini semua ujian.....

Friday, February 15, 2013

time to change...

semenjak meninggalkan era sekolah menengah sewaktu SPM dulu,saya rasa gambar-gambar yg ada dekat FB tu dah tak sesuai dengan usia...ini mungkin sbb saya dah kecil hati dengan salah seorang kawan saya yg sekelas dengan saya dulu..mungkin ada betulnya kata mama saya..keputusan SPM saya tak seberapa mungkin saya terlalu leka dengan rakan-rakan berbanding masa saya belajar..saya dah dapat pengajarannya..saya kecewa dengan keputusan SPM...saya tak pernah salahkan keputusan parents saya,suruh saya mendaftar untuk menduduki STPM...kerana saya berjumpa dengan sekumpulan manusia yg kuat ketawa,lantang bercakap namun orang-orangnya sentiasa menimba ilmu dengan tekun sekali..mungkin takdir saya bertemu dengan orang-orang ini yg mungkin dapat menghilangkan kekecewaan saya tu...semenjak saya masuk Form 6 ni..saya dah boleh bercakap dengan yakin dikhalayak ramai,communicate dengan mereka dengan bahasa inggeris walaupun biasa-biasa je...hmmm..rasanya saya ni semakin matang kot...


p/s bagi kawan saya sorang tu,mungkin kata-kata dia dan sepupu dia dah menguris hati saya tapi saya akan pastikan yg saya akan jadi lebih maju dari dia...hehe...

Thursday, February 14, 2013

speechless...

haha...gila tak speechless dah jadi lee kwang soo da rasanya...
pada hari khamis pukul 8 malam mcm tu gerak pergi plaza masalam..then jalan punya jalan dua org kelibat yg biasa dilihat..hmm..rupa-rupanya player kelantan...then mcm biasalah sbb ada sesetengah player baru tak kenal lah..jalan lagi lalu dpn speedy mart sebelah giant pastu mama keluarkan satu dialog...

mama:"kak long,adik tu khairul fahmi che mat and sorang lg tu mama  tak kenal pulak"
me:"mana?aaaaa....x terkata sbb terkejut selalu tgk kat tv then depan mata dah jd macam lee kwang soo bila dia tgk perempuan cantik"
mama:kau dah kenapa?
me:speechless ma,terkejut tgk dlm tv mcm lain dgn tgk depan mata...

nak minta player autograf lain lagilah segan muka kenal tapi nama tak tahu...mmm...buat diam je lah...diaorg pun org jugak..

p/s walaupun jumpa artis sekalipun mmg malas nk minta autograf...katanya...

Sunday, February 10, 2013

holiday yeahh....but!!!

so now the holiday is start....haha...but assignment just like of  kilimanjoro mountain....so that how my holiday begins....but in last friday i had a sad moment when we lost one of our brother from MPPPU community who continue his study in university but he tears is sincerely and i don't know why i crying maybe because we lost our friend....not only me who cried but the other girls also cry...
my wish for him.."good luck bro,i hope you study well and don't forget us"



p/s holiday is time for K-Drama..kekeke...

Wednesday, February 6, 2013

bowling time...

first of all...boleh tahanlah bersawangnya blog ni kekeke....tapi tak pe lah saya still nak update jugak..cuma busy sekarang...

today MPPPU SSAAS ada bowling...then hari ni tak bawaklah kereta tumpang rifdi...macam-macam yang berlaku tp yang paling menggerunkan mora hilang seketika...habis haru-biru nak cari mora...rupa-rupanya dia pergi makan dengan liyana sbb tak tahan lapar katanya....
lepas tu nak balik rifdi buka lagu taylor swift...


azim izani punya nyanyi bukan main sampai saya,filzah dgn mora boleh join haha...suara dia dah tak macam lelaki dah,dah suara taylor swift gila sangat...
rifdi,azim and anis

filzah,rifdi,anis and me

my friend...
long day and tired but i enjoy it...

p/s catatan balingan hari ni satu game utk individu 101 jatuhan pin...ada harapan nak menang ni...peace..jangan marah you alls...tp tu lah tak best MORAZANA tak cukup ada MORAZA je...

Tuesday, January 29, 2013

my little brother..

hmmm..macam mana nak mulakan ya?oh,macam ni lah..hari 29/1/2013..
my brother dah selamat sampai di SBPI RAWANG dan melanjutkan pelajaran sebagai seorang pelajar disana dalam aliran sains teknikal....sejujurnya memang sedih nk lepaskan adik hidup berdikari kat sana yelah kalau kat rumah kalau tak boleh buat ada kakak,mak,and ayah yang tolong kalau kat asrama siapa yang nk tolong?alamatnya kena buat sendirilah...

pagi td dari rumah dah tanam dekat hati ni jangan menangis bila dah hantar dia nanti..but then eventhough dia dah ada kawan tapi still perasaan dia lain sbb dia akan tinggal 2 tahun kat situ..ala-ala military camp kat korea la katanya 2 tahun...tapi masa kitaorg nk balik sebagai anak lelaki dia boleh tersenyum salam parents dgn saya... cium mama...tp tiba-tiba air mata saya ni jatuh katanya.."hujan" seketika lah di bumi rawang tu tp tak nangis depan dia pun takut dia sedih...last sekali dia naik dorm simpan barang,kebetulan dorm dia boleh nampak kereta lalu lalang,saya lambai lah dia sampai hilang pandangan mata saya melihat dia...hmmm..tp dia still tersenyum lagi...dan lambai kepada saya...

pesanan saya kat dia...

"dik,kau dah besar jaga diri elok-elok,kawan dgn org baik-baik...kak long doakan kau berjaya suatu hari nanti.jangan lupa solat,makan,belajar hidup sendiri"




p/s walaupun ada hari dia blh balik sama ada cuti atau hari balik bermalam tp tak kan sama macam dia sentiasa ada disisi keluarga..bye lil bro Raihan...good luck and succes in your future fighting...

Wednesday, January 16, 2013

semut vs karipap vs RM 2.

okaylah busy betul semenjak masuk sem 2..PBS la assignment la..apa-apa jelah...
by the way nk kongsi satu cerita macam mana RM 2 dan karipap boleh kalah dgn semut..

 tempat: kelas 6 AB
 masa:hampir pukul 12 tghhari.
 tarikh:15/1/2013

lepas rehat beli karipap rm 2 then ada ceramah pasal nk sambung study la ke degree oleh representative from wel- known university in malaysia..so habis dalam nk pukul 12 something macam tu naik kelas ingatkan nk makan karipap yang disimpan dalam laci td..last-last semut da masuk dalam bekas adoi..rasa nk menangis pun ada jugak karipap favourite kot..sampai hati kau semut,akhirnya karipap tu dibuang kerana semut da "berpesta" disitu...ada 5 ketul dapat makan 1 je sebelum pergi ceramah tu,maknanya 4 ketul dibuang...sejak kejadian semut masuk telinga aku dulu,aku tak boleh lupakan apa yg berlaku sebab tulah walaupun semut seekor masuk dalam air,air tu tak kan aku minum....arrggghhhh...sabo jelah....begitulah caranya macam mana karipap dan rm 2 aku lesap...




p/s wahh...da 19 tahun da aku ni..hehe...

Wednesday, January 9, 2013

ASSIGNMENT....

berbukit dan bergunung assignment KATANYA....adoi..penat..sakit kepala dibuatnya..PBS lagi..alahai..jadi kontraktor "JKR" pulak kat sekolah,mengecat lot parking...stailista gitu...

anyway kalau nak berjaya kena rajin sikit...


p/s GOLDEN DISK AWARD coming soon on 15 and 16 january 2013 at SEPANG...

Wednesday, January 2, 2013

the day with excitement...

HAPPY NEW YEAR YOU ALL.....OOOPPPPSSS GITU...

first day for the second sem..nah ambik kau mcm jejak kasih excited betul jumpanya mcm x pernah jumpa pulak...fav. line hari ni...ooooppppssss...stailista gitu...MORAZANA quote today...

ini yg belaku hari ini...

1.beg hampir sama ngan filzah...then sekali nengok ramai yg beg jenis mcm kitaorg..budak-budak zaman sekarang pun pandai berfesyen kata nya...
2.tiada permandangan yg cantik dan sejuk mata memandang seperti dulu...(utk siapa yg faham je lah ye)
3.orgnya pun da berpindah...
4.baru tahu MORAZANA kembali semula...
5.salah seorg dr MORAZANA da kembali solo kata nya...ooopppsss...(doakan yg terbaik je lah utk dia ya,jgn gaduh-gaduh)
6.org baru tiba dr PETALING JAYA...alina namanya.

2013 RESOLUTION???
of course 4.00 CGPA and saving money for future....
azam utama kata nya....



p/s dari 40 lebih org dlm kelas tu tinggal 35 je...sedih...