Wednesday, October 16, 2013

13 years ago...

okay...rasa macam dah berkarat sikit nak update blog..tapi hari ni nak update blog dengan story yg dah 13 tahun baru tahu siapa mereka-mereka ni...rupanya Anis , saya dengan Filzah sekolah disatu tadika yang sama iaiu masjid negeri shah alam sekitar tahun 1999-2000 hah..nampak tak bertapa lamanya timeline tu..tapi Anis tadika kat situ masa 5 tahun lepas tu pindah tadika lain..saya dengan Filzah still kat situ..tapi yang anehnya saya tak pernah nampak filzah pun kat tadika...masa sekolah rendah baru jumpa filzah ni..and jumpa anis masa sekolah agama..klimaks dia kitaorg satu kelas masa darjah 6 kalau tak silap sekolah agama.

sekarang satu kelas untuk form 6 selepas tak jumpa filzah selama 5 tahun sebab kitaorg bawa haluan masing-masing bila masuk sekolah menengah..tapi anis dengan saya satu sekolah masa sekolah menengah..
so ala-ala macam cerita drama lah tak kisahlah korea ke melayu..maknanya kitaorg pernah berjumpa tapi tak pernah perasan pun siapa dia tu...

kalau nak cerita personaliti saya masa sekolah rendah , saya memang kuat menangis..jatuh dari tangga van menangis..kena marah menangis..sesat dalam sekolah masa first day pun menangis...kena buli lagi...sampai satu kawan saya marah pun menangis tapi saya tak membalas sebab takut dia ada abang saya tak ada abang..last-last mengadu kat mak..mak saya kata kenapa tak marah balik? mak saya ingatkan saya tak berani lah..esoknya saya marah balik kawan saya tu..dia pulak menangis sampai mak dia datang rumah saya..tapi nasib baiklah mak zaman dulu sporting..ala tak pe budak-budak..fuhhh lepas...

so conclusion is zaman muda razny masa sekolah rendah memang kuat menangis sensitiflah katanya...sampai saya masuk sekolah menengah saya kena jadi berani jangan sampai org boleh buli saya macam dulu lagi...so sampai sekang saya ada lah keberanian tu sikit..tapi tak delah sampai nak membuli balik..saya ni perempuan..


gambar konvokesyen tadika...ni je yang buat kenangan dari tadika tu..

p/s menghampiri penghabisan satu setengah tahun dan nombor dua dah muncul pada pangkal umur..faham-faham je lah umur 20 tahun depan...

No comments:

Post a Comment