Monday, October 8, 2012

nervous saya...

okay,today lepas balik dari sekolah pergi master art beli barang sikit..suddenly keluar dari master art tu ada seorg cameraman and reporter...okay saya dgn filzah pun nak lari dari reporter tu then...

REPORTER:dik-dik,mari sini kejap..akak nk pinjam sekejap je masa adik..
ME:????
FILZAH:kitaorg kena pergilah kak ada urgent..(padahal apa yg urgent tu tak tahu la)
REPORTER:sekejap je 2 minit je..
FILZAH & ME:okaylah..
REPORTER:okay akak nak tanya sikit,apa komen adik tentang bajet 2013 dimana pelajar sekolah dpt bantuan RM 100 dan baucer buku RM250?patut diteruskan atau tak..

Filzah cuma mampu tercengang..dalam fikiran saya..kitaorg masuk tv ke?jgnlah malu aku..
tak silap saya sinar tv yg suratkhabar sinar harian tu kot..
 
REPORTER:tak pe adik boleh jawab sama2..
ME:okay,pada pendapat saya patut diteruskanlah supaya pelajar2 selepas kami dapat manfaat seperti mana yg kami dapat..sebab saya akan dapat lagi setahun je lepas tu kami akan habis utk tingkatan 6 ni..
REPORTER:ooo..bagi adik pula?(merujuk kepada filzah) cukup ke RM250 tu?
FILZAH:bagi saya cukup..
REPORTER:selalunya apa yg boleh dibeli dgn RM250?
FILZAH:selalunya buku untuk belajar disekolahlah kalau ada lebih mungkin boleh digunakan untuk buku rujukan lain atau buku nota..
REPORTER:okay,terima kasihlah ye..okay apa nama adik?

da bg nama semua cameraman pulak tanya "adik,form 6 ke?" me and filzah:haah..
"patutlah jawapan tu nampak matang"kata cameraman..
mmm...ingatkan pasal apa rupanya bajet 2013 nasib baik tak gagap...


p/s RAIHAN ROSLAN GOOD LUCK FOR PMR FIGHTING!!!

No comments:

Post a Comment