Sunday, November 2, 2014

Aku Disini Menantimu.

Berapa lama pun aku harus menunggu,
Namun aku percaya kau ada untukku,
Hanya waktu sahaja yang belum tiba,
Untuk kau muncul dalam hidupku,

Aku terima jika kau yang terbaik untukku,
Jika kau ditakdirkan untukku sekalipun aku terima,
Aku akan sentiasa menemanimu dan menjagamu,
Diseluruh hayatku,

Kerna kau raja yang bertahkta di hatiku,
Genggamlah tanganku disepanjang jalan hidupku,
Jika kau lepaskan genggaman itu,
Aku tahu itu pengakhirannya,

Dimanapun kau berada,
Aku berdoa untukmu,
Semoga doa ku mengiringimu,
Hingga saat itu aku setia bersamamu,

Dan Aku Disini Menantimu. 

No comments:

Post a Comment